SYARAT- SYARAT DAN PERJANJIAN PENYEWA/PEMINJAM KENDERAAN
1. Mempunyai lesen memandu Malaysia kelas D yang sah.
2. Penyewa /peminjam dilarang melakukan kegiatan jenayah. Jika ingkar laporan polis akan dibuat.
3. Penyewa/peminjam tidak dibenarkan menukar,mengambil sebarang alat ganti terhadap kenderaan yang disewa/dipinjam. Jika ingkar loporan polis dibuat ‘ Kes curi spare-part kenderaan’.
4. Segala tuntutan saman yang dikeluarkan pihak berkuasa adalah tanggungjawab penyewa/peminjam.
5. Sebarang kerosakan kecil atau besar adalah tanggungjawab penyewa/peminjam sepenuhnya.
6. Kenderaan yang disewa/dipinjam hendaklah dipulangkan mengikut masa yang dijanjikan. Jika lewat bayaran tambahan dikenakan.
7. Sekiranya penyewa/peminjam tidak memulangkan kenderaan melebihi tempoh 12 jam tanpa sebarang pesanan/pemberitahuan penyewa/peminjam akan dianggap ‘kes curi kereta’. Laporan polis akan dibuat.
8. Wang deposit minima adalah sebanyak RM 200.00 bergantung kepada jenis kenderaan. Wang deposit akan dipulangkan selepas tempoh 7 hari berkerja, sekiranya tiada rekod saman dan kenderaan dalam keadaan baik seperti sebelum disewa/dipinjam.
9. Penjagaan kenderaan semasa tempoh sewaan/ pinjaman adalah di bawah tanggungjawab penyewa/peminjam sepenuhnya. Jadi diingatkan sentiasa berhati-hati semasa menggunakan kenderaan tersebut.