Sabtu, 11 Disember 2010

Syarat-Syarat dan perjanjian penyewa kenderaan


SYARAT- SYARAT  DAN PERJANJIAN PENYEWA/PEMINJAM KENDERAAN

1.                 Mempunyai lesen memandu Malaysia kelas D yang sah.

2.                 Penyewa /peminjam dilarang melakukan kegiatan jenayah. Jika ingkar laporan polis akan dibuat.

3.                 Penyewa/peminjam tidak dibenarkan menukar,mengambil  sebarang alat ganti terhadap kenderaan yang disewa/dipinjam. Jika ingkar loporan polis dibuat ‘ Kes curi spare-part kenderaan’.

4.                 Segala tuntutan saman yang dikeluarkan pihak berkuasa adalah tanggungjawab penyewa/peminjam.

5.                 Sebarang kerosakan kecil atau besar  adalah tanggungjawab penyewa/peminjam sepenuhnya.

6.                 Kenderaan yang disewa/dipinjam hendaklah dipulangkan mengikut masa yang dijanjikan. Jika lewat bayaran tambahan dikenakan.

7.                 Sekiranya penyewa/peminjam tidak memulangkan kenderaan melebihi tempoh 12 jam tanpa sebarang pesanan/pemberitahuan  penyewa/peminjam akan dianggap ‘kes curi kereta’. Laporan polis akan dibuat.

8.                 Wang deposit minima adalah sebanyak RM 200.00 bergantung kepada jenis kenderaan. Wang deposit akan dipulangkan selepas tempoh 7 hari berkerja, sekiranya tiada rekod saman dan kenderaan dalam keadaan baik seperti sebelum disewa/dipinjam.

9.                 Penjagaan kenderaan semasa tempoh sewaan/ pinjaman adalah di bawah  tanggungjawab penyewa/peminjam sepenuhnya. Jadi diingatkan sentiasa berhati-hati semasa menggunakan kenderaan tersebut.

Catat Ulasan

Pautan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...